PERASAAN anda seringkali terganggu kerana anak yang berusia dua tahun sering mengalami batuk yang berpanjangan pada waktu pagi.
| Kanak-kanak asma harus diberi perhatian khas |
Kemudian, apabila malam menjelma batuknya datang kembali, tambahan jika keadaan cuaca sedikit dingin dan sejuk batuknya semakin menjadi-jadi.
Jika seringkali berhadapan dengan situasi ini, berwaspada dan ambil tindakan segera untuk membawa anak berjumpa dengan doktor.