Wednesday, May 7, 2014

Janin berusia tujuh bulan dalam tangki pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth !!!

KEJAM! Mengucap panjang admin dengan berita yang baru diterima, tiada perasaan dan tiada otak kah mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan ni? Tidak takutkah pada balasan Allah nanti... astaghfirullah... artikel ni disiarkan dalam Harian Metro pada 7 Mei 2014. Sama-sama kita ambil iktibar dan jadikan pengajaran... bacalah...




Butterworth: Seorang wanita terkejut apabila menemui janin lelaki dianggarkan berusia tujuh bulan di dalam tangki pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mayat berkenaan ditemui wanita terbabit ketika mendapatkan rawatan di klinik berkenaan pada 9.10 pagi. 
Dalam kejadian itu, wanita terbabit dikatakan membuka penutup tangki pam tandas itu selepas mendapati pam gagal berfungsi. 

"Sebaik membuka penutup itu, Wanita terbabit terkejut apabila menjumpai mayat janin dalam keadaan duduk.
Foto

"Dia segera memaklumkan penemuan janin itu kepada kakitangan klinik yang kemudiannya menghubungi polis," katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati janin berkenaan dianggarkan berusia dalam lingkungan tujuh bulan dengan berat 1.7 kilogram.

No comments:

Post a Comment