Pelakon cantik Izara Aishah dikatakan sedang bercinta dengan anak tiri Dato’ Siti Nurhaliza, Adib Khalid. Keintiman mereka mula diperkatakan selepas gambar mesra mereka berdua mula dikongsi oleh laman blog Oh Bulan! baru-baru ini.
Bagaimanapun Izara Aishah telah menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan dia dan Adib hanyalah teman biasa. Namun menerusi portal Astro Gempak, ada perkembangan baru mengenai terbaru Izara dan Adib.
Menurut portal itu, Izara dan Adib telah menghadiri sebuah majlis perkahwinan anak VVIP bertaraf menteri pada hujung minggu lalu. Lebih romantis lagi, mereka dilihat mengenakan pakaian sedondon serba hitam dan datang bersama Dato’ Siti dan Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Jika dilihat gambar di atas kedua-dua pasangan tersebut nampak sepadan. Tidak ada salahnya jika mereka berdua bercinta memandangkan Izara kini sudah kembali solo selepas hubungannya dengan kekasih yang dikenali sejak zaman sekolah sudah berakhir.
No comments:
Post a Comment