Pelakon cantik Izara Aishah dikatakan sedang bercinta dengan anak tiri Dato’ Siti Nurhaliza, Adib Khalid. Keintiman mereka mula diperkatakan selepas gambar mesra mereka berdua mula dikongsi oleh laman blog Oh Bulan! baru-baru ini.
Bagaimanapun Izara Aishah telah menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan dia dan Adib hanyalah teman biasa. Namun menerusi portal Astro Gempak, ada perkembangan baru mengenai terbaru Izara dan Adib.