Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Monday, May 12, 2014

RAWATAN ANAK DEMAM PANAS SECARA ISLAM

Bagi pasangan suami isteri kebanyakan pernah merasai betapa susahnya menjaga anak yang mengalami demam panas. Saat suhu badan anak melepasi paras 38 darjah celcius selepas diukur dengan alat pengukur demam maka perasaan runsing dan risau serta penuh pengharapan untuk melihat anak-anak mereka kembali normal seperti hari yang sebelumnya.


Pengalaman menyediakan ubat bontot, mengelap badan anak setiap masa, memandikan anak diwaktu dinihari adalah ikhtiar ibubapa untuk mengelakkan suhu badan anak menjangkau suhu yang terlalu tinggi. Itulah kepentingan ilmu asaS pengubatan anak-anak sangat penting kepada ibubapa.

Amalan yang boleh dilakukan untuk memurahkan rezeki dengan izin Allah

Kehidupan ini bergantung sepenuhnya kepada-Nya kerana Dialah Tuhan yang Maha Kaya. Apa jua yang dimiliki oleh hamba-Nya hanyalah semata-mata pinjaman daripada-Nya. Hambanya tetap fakir kepada-Nya. Moga dengan keberkatan amalan yang diamalkan oleh mereka yang terdahulu akan memperolehi limpahan rezeki melalui kaedah-kaedah diakui keberkesanannya.

Saturday, May 10, 2014

Selawat syifa' dan kelebihannya dalam perkembangan anak-anak


[SelawatSyifa.jpg]

Selawat Syifa Dalam Rumi
(BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIIM. ALLAAHUMMA SALLI ‘ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN THIBBIL QULUUBI WA DAWAA-IHAA  WA ‘AAFIYATI ABDAA NI WA SYIFAA IIHA. WA NUURIL ABSHAARI WA DIYAAIHAA  WA ‘ALAA AALIHII WA SHAHBIHII WA BARIK WA SALLIM).
KHASIAT SELAWAT SYIFA’

Friday, May 9, 2014

Amalan yang boleh dilakukan oleh Ibu Bapa semasa anak sedang menghadapi peperiksaan.

1. Ambil Wudhuk.
2. Sambil menghadap Kiblat, baca Kalimah Syadah (3x)
kalimah syahadah
3. Baca Surah Al-Fatihah (10x)
surah Al-Fatihah
4. Baca Surah 3 Qul (1x)
surah 3 Qul
5. Baca Surah Insyirah (1x)
surah insyirah
6. Baca Selawat (10x)
selawat nabi
7. Baca Surah Yassin (1x)
8. Baca Surah Insyirah (100x)
surah insyirah
9. Niat didalam hati agar Allah SWT memudahkan anak-anak menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.
Selain itu, boleh amalkan juga dengan Berpuasa Sunat dihari anak sedang mengambil peperiksaan.
……………….
Sekiranya waktu itu Si Ibu datang Haid, boleh amalkan amalan ini pula…
1. Beristigfar seberapa banyak yang boleh.
2. Banyakkan Zikir Kepada Allah SWT.
3. Baca Al-Mathurat.
4. Berselawat keatas Nabi. – Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
5. Berdoa apa saja untuk Si Anak. Cth; Doa anak mudah mengingat pelajaran.
doa-hafal-pelajaran
Sekian, saja perkongsian kali ini… Semoga bermanfaat…

Thursday, May 8, 2014

Doa seharian yang boleh diamalkan khusus untuk ibubapa dan anak-anak

DOA UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"

DOA ANAK UNTUK IBU BAPA
" Ya Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik ku ketika aku kecil"

Wednesday, May 7, 2014

Doa yang boleh diamalkan oleh ibu bapa agar anak-anak cemerlang

Doa ibubapa adalah doa yang paling mustajab. Ibu bapa sesungguhnya berperanan untuk mendoakan anak agar berjaya dalam segala bidang yang diceburi, berikut adalah beberapa doa yang boleh diamalkan untuk anak tercinta. In Shaa Allah doa ibubapa mendapat perkenan dari Allah S.W.T

Tuesday, April 29, 2014

Doa melembutkan hati anak-anak yang keras, nakal dan degil

As salam,
Berikut adalah ayat untuk melembutkan hati anak-anak yang degil dan nakal. Bacalah bersama air dan berikanlah anak anda minum, atau bacakan ketika anak-anak anda sedang tidur dengan meniup pada ubun-ubun anak anda. Lakukan lah dengan istiqamah dan jangan putus asa. Semoga anak-anak kita menjadi anak yang bijak, mendengar kata dan cemerlang dunia dan akhirat
In shaa Allah.