Showing posts with label pencegahan. Show all posts
Showing posts with label pencegahan. Show all posts

Saturday, May 10, 2014

Kembung perut di kalangan kanak-kanak dan bayi

Kembung Perut

Apa itu kembung perut (Colic)?
Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut. Diagnosis ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
  • Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
  • Masalah ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2 hingga 3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3 hingga 4 bulan.

Bayi dan kanak-kanak yang menghadapi selsema

Salah satu perkara yang paling sukar dilalui oleh ibu bapa yang baru ialah apabila bayi mereka mendapat selesema buat pertama kali. Bayi anda akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu. Memang tidak senang anda melihatnya, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi anda. Anda boleh bertenang sebab ianya hanya selesema biasa dan selalunya tidak serius.

Wednesday, May 7, 2014

Doa yang boleh diamalkan oleh ibu bapa agar anak-anak cemerlang

Doa ibubapa adalah doa yang paling mustajab. Ibu bapa sesungguhnya berperanan untuk mendoakan anak agar berjaya dalam segala bidang yang diceburi, berikut adalah beberapa doa yang boleh diamalkan untuk anak tercinta. In Shaa Allah doa ibubapa mendapat perkenan dari Allah S.W.T

Melecur & Melepuh di kalangan kanak-kanak

Melecur & Melepuh

Pengenalan
Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah. Melecur mudah berlaku akibat kecuaian. Kecederaaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat ingin tahu dan gerakan motor yang belum matang.
Sebab-sebab biasa melecur boleh berlaku ialah:
  • Lepuhan akibat daripada air panas atau cecair masakan.
  • Objek panas seperti sterika, dapur.
  • Haba daripada minyak masak yang terlampau panas, percikan api.
  • Kebakaran bahan kima yang menghakis.
  • Kebakaran elektrik seperti bermain dengan plug elektrik,sambungan wayar dan soket yang terdedah.
  • Terdedah terlalu lama kepada pancaran cahaya matahari.

Tuesday, May 6, 2014

Pemakanan Kanak-Kanak yang kurang Berat Badan

Pemakanan Kanak-Kanak yang kurang Berat Badan

Pengenalan
Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal. Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara semula jadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.

Kekuningan pada bayi yang baru lahir

Kekuningan pada Bayi Baru Lahir

Apa itu jaundis?
Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.
Apa itu bilirubin?
Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.