Monday, May 5, 2014

Kids : Playground safety

Introduction
Playgrounds, despite providing wonderful opportunities for fun, exercise and recreation, can be a hazardous place when safety is ignored. Each year 250,000 children below 15 years in USA sustain injuries at playgrounds and require emergency treatment.
In Malaysia about 3000 cases of injuries occur at the playground every 3 months. The injuries commonly involved children between 5-9 years of age. Playground surface was the most frequently identified factor contributing to injuries (Ref. Epidemiology of Injuries in Malaysia).

Berkhatan dan kaedahnya untuk kanak-kanak

Berkhatan

Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan 'circumcision'.


Indikasi
Secara lazimnya kebanyakan prosedur khatan yang dilakukan di Malaysia dilakukan kerana tuntutan agama ataupun dinamakan ' ritual circumcision' di mana prosedur khatan itu dilakukan pada zakar yang normal. Sebab-sebab perubatan yang mungkin memerlukan khatan adalah keadaan yang dipanggil 'phimosis' di mana pembukaan kulit pada hujung terlalu sempit dan menghalang aliran kencing atau paraphimosis akibat kulit hujung zakar tersekat di belakang glans.

Bayi Tersedak Susu

Bayi Tersedak Susu

Bayi tercungap-cungap! Bayi jadi biru! Seorang ibu pasti risau jika bayi menunjukkan tanda-tanda tersebut ketika menyusu. Keadaan ini berlaku apabila bayi tidak dapat menghisap puting dan menelan susu dengan baik. Ini menyebabkan bayi tersedak susu yang diminum. Ia boleh mengakibatkan jangkitan paru-paru atau pneumonia kerana susu yang diminum masuk ke dalam salur pernafasan bayi. Masalah ini berkait rapat dengan perkembangan kemahiran feeding bayi.

Talasemia di kalangan kanak-kanak

Talasemia

Apa itu Talasemia?
Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.
Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik.
Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang diwarisi daripada ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.

Anak tercekik, tanda dan cara menghadapinya

Tercekik

Pengenalan
Tercekik adalah salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak-kanak. Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik.
Ketika tercekik, salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup akan menghalang oksigen ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian. Sebarang objek bersaiz kecil boleh menyebabkan tercekik. Ini termasuklah bahan makanan, perkakasan rumah dan alat permainan.

Thursday, May 1, 2014

Keputihan pada mulut (thrush) bayi anda dan cara menanganinya.

‘Thrush’ adalah jangkitan kulat pada mulut yang bayi dialami oleh ramai bayi kecil. Ianya kelihatan seperti lapisan putih. Ianya tidak sakit, tetapi boleh mengganggu bayi anda waktu ia menyusu atau makan. Tetapi jika anda mengalaminya, ia boleh terasa amat sakit.