Tuesday, February 10, 2015

Anwar bersalah

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

RINGKASAN BERITA HARI INI. 10/02/2015

RINGKASAN BERITA HARI INI. 10/02/2015

1.Tun DrM berkata orang bukan melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

2.Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat yakin Pakatan Rakyat tidak akan berpecah atas beberapa isu yg tidak sependapat.

3.Tindakan PAS yg akan tetap membentangkan usul Hudud di DUN Kelantan pada bulan depan akan terus membuat PR bergolak selepas pengumuan bahawa hudud akan di bincangkan dalam mesyuarat pemimpin PR pd 10 mei nanti.

4.MIC di minta meneruskan pemilihan semula semua jawatan dlm parti atau berhadapan dgn kemungkinan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS.

Monday, February 9, 2015

Aksesori telefon pintar kesan HIV, sifilis dalam 15 minit

WASHINGTON: Penyelidik Amerika Syarikat (AS) dan Rwanda sedang membangunkan aksesori telefon pintar yang berupaya mengesan HIV dan sifilis selepas menganalisa setitis darah daripada jari dalam tempoh 15 minit, lapor agensi berita Xinhua.
Peranti kos rendah itu berupaya memainkan peranan makmal ujian darah dan berupaya mengesan tanda penyakit seperti HIV, antibodi treponemal khusus untuk sifilis dan antibodi bukan-treponemal yang mengesan jangkitan aktif sifilis.

Samsung Galaxy Note Edge dengan keupayaan Multi Window

PUTRAJAYA: Samsung Malaysia Electronics (SME) melancarkan Samsung Galaxy Note Edge, telefon pintar baharu dengan teknologi termaju dan rekaan unik bagi memenuhi permintaan pasaran Malaysia.

Friday, February 6, 2015

Kemunculan Sony Xperia Z4

Kabar-kabar angin mengenai kemunculan gajet hangat terbaru dipasaran iaitu Sony Xperia Z4 sudah meniti dari bibir ke bibir meminat dan pengumpul gajet di seluruh dunia.

Dengan reputasi sony xperia z3 yang boleh dikatakan 'canggih' dan mantap, kemunculan xperia z4 dinanti-nantikan dengan ciri-ciri yang lebih luar biasa dan lebih menarik.

Di bawah adalah spesifikasi yang mungkin ada pada Sony Xperia Z4 yang diperolehi dari website gsmarena.com. Anda nilaikan...

Tuesday, December 2, 2014

Jadual Imunisasi Kanak-kanak Malaysia

Jadual Imunisasi

Jadual 1. Jadual Rutin Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia
Imunisasi
Umur (bulan)
Umur (Tahun)
0
1
2
3
5
6
12
18
6
12
15
BCG1       if no scar  
Hep B
1
2
   
3
     
DTaP*  
1*
2*
3*
  
4*
DTaP**
 DTaP**
IPV*  
1*
2*
3*
  
4*
IPV  
Hib*  
1*
2*
3*
  
4*
   
Measles     
Sabah
     
MMR      
1
 
2
  
*Vaksin kombinasi yang digunakan di dalam jadual imunisasi utama adalah DTaP-IPV/Hib 5-dalam-1.
**DTaP selepas imunisasi utama: bagi mereka yang tidak menerima DTaP semasa kanak-kanak, gantikan dengan vaksin Td (dewasa tetanus-difteria) jika mereka menerima dos terakhir pada umur belasan tahun.
Seorang kanak-kanak yang telah bermula imunisasi DTaP mesti melengkapkan dengan imunisasi DTaP, ia tidak boleh bertukar dengan imunisasi DTP. Walau bagaimanapun kanak-kanak yang bermula dengan imunisasi DTP boleh menggunakan imunisasi DTaP untuk dos seterusnya.
Semakan Akhir:27 April 2012
Penulis:Dato' Dr. Jimmy Lee Kok Foo
  Dr. Leow Poy Lee
Penyemak:Dr. Ranjini S. Sivanesom

Sumber : MyHealth Portal