Thursday, July 21, 2022

Gagal bayar denda, lelaki hina Islam dihantar ke Penjara Kajang




Putrajaya: Penghantar makanan yang didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini dihantar ke Penjara Kajang, untuk menjalani hukuman selepas gagal membayar denda.

Kasihnya Ayah....




Kasihnya ayah

Berkorban nyawa

Biarlah jiwa

Akan tersiksa

Ikhlas dan rela

Asalkan bahagia

Penghantar makanan hina Islam didenda RM50,000


 SEPANG: Seorang penghantar makanan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghina Islam menerusi satu rakaman video di saluran YouTube miliknya pada Sabtu lepas.

Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd. Nor’muzil Mohd. Razalli, 39.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.



Ketika menjatuhi hukuman, Hakim Ahmad Rizki menasihati tertuduh supaya insaf dan bertaubat atas kesalahan yang dilakukan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Nor’Muzil didakwa secara sedar membuat dan memulakan hantaran komunikasi bersifat jelik melalui perkhidmatan aplikasi YouTube dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain yang telah dilihat pada pukul 11.15 malam di hadapan sebuah stesen minyak di Cyberjaya, 16 Julai lalu.

Wednesday, July 20, 2022

Tuesday, June 11, 2019

Kerajaan pertimbang syor naikkan gaji polis – PM



PUTRAJAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, supaya gaji anggota polis berpangkat rendah dinaikkan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, beliau akan memikirkan mengenai perkara itu.

Friday, February 8, 2019

Jika tinggalkan rumah lama, ini tips untuk memastikan kesegaran makanan dalam peti ais.



Sumber makanan yang baik, bersih dan suci antara faktor kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan baik serta jauh dari segala keraguan terhadap makanan. Makan dan minum merupakan fitrah semulajadi manusia untuk memperolehi tenaga dan kesihatan.

Ini menunjukkan bahawa Islam sangat mengambil berat tentang permakanan yang baik, bersih, suci, selamat serta halal kerana makanan merupakan suatu keperluan asas harian yang diperlukan oleh manusia. Maka sebab itulah kita perlu menitikberatkan soal sumber makanan.