Wednesday, June 29, 2011

Tips galakkan anak suka membaca...

* Anda boleh mengajar anak anda supaya suka membaca... di bawah adalah tips2 untuk si kecil anda...

Use books to bond.Jadikan buku tu bukan sekadar buku utk membaca...ianya hubungan antara ibu dan anak..
" When your child sits in your lap as you read aloud, she doesn't just enjoy books, she also enjoys the security of your undivided attention.

Set up a ritual..Buat rutin.. biasa dengarkan bed time stories?..haa.. tulah..tapi tak semestinya bedtime.. sesekali ubah rutin tu time breaksfast ke..time mandikan dia ke..atau time dia balik dari taska ke.. kan kan.. gunakan peluang sebaik mungkin

Choose appropriate books.. Pilih buku yg sesuai dgn umurnya.. buku yg penuh dgn gbr ke..gi Kinokuya kat klcc tu.. mmg bestt.. sampai tak tahu nak pilh buku mana satu..bestt

Repeat, repeat, repeat.. Ulang Ulang..Kanak2 sukakan kita ulang cite yg sama..kenapa?sebab itu naluri normal mereka yg dahagakan ilmu/. Patutla si faiz ni..kalau sy bacakan cerita kat buku tu.. esok tu dia suh ulang page tu lagi.. aiyoo

Ham it up.. nak naikkan semangat?..masukkan unsur lagu,action time bercerita tu.. ajak di sekali berlakon.. interestingg takdela boring kan kan..

Follow her interests. Pilih buku ikutla ape yg dia gemari... buku melawat zoo ke..main bola ke,rancangan tv yg dia minat ke..

Go to the library.Sesekali bwak si kecik ke library..
Your child may well discover a new favorite when it's presented by a beguiling librarian with a soothing voice and perhaps some pictures or puppets to illustrate the action.

Push play. Haa..ni menarik.. kan sekrg ni byk buku kanak2 dlm bentuk CD.. mengikut doktor pakar.. kanak2 sebenarnya tak suka..apa yg mereka suka ttg buku adalah mereka nak berinteraksi dgn ibu bapa...Tapi kalau anak anda suka cerita dlm bentuk CD/tape.its ok..just make sure ibu bapa join skali..jgn biarkan mereka dgn cd/tape... kesiann

Don't make books a reward.Haa.. ni satu lagi..jgn jadikan buku sebagai upah.. cthnya...kalay dia abiskan makan dia.. dia dapat buku cerita.. kalau dia buat certain task.. dpt buku cite.. actualy its not a positive experience
. Instead, pick times to read that feel natural, such as when you want your toddler to quiet down before her nap.

Dealing with the wigglers.Kalau anak tu jenis hyper active..toklih duduk diam lama2... takyah paksa.. start dgn few minits pun okay dh..
" If your toddler is the physically active type, she may respond best to the non-book-related activities

Make storytelling a part of life.
"Promoting reading readiness is more than reading a traditional book," says Leiderman. While you're at the dinner table or in the car, tell stories

 
Point out words everywhere
Wherever you go, you can show your child that words are an important part of everyday life. Cthnya perkataan kat signboard kat tepi jalan raya...or ape2 la..tunjuk ke anak anda.. budak2 cepat mengingat.. If your child is in daycare or preschool, slip a daily note into her lunchbox.

Talk.Rajin2 lah berborak dgn si anak..
and don't be afraid to use complex words and phrases. Encourage her questions and explanations.Kanak2 ni sifat ingin tahu mereka amat tinggi and wonder endlessly about the world, so don't be shy about trying to explore her interests with her.

Demonstrate your own love of books. Ibu bapa sendiri kenelah sayangkan buku.. buat almari buku ke.. jadi si anak akan paham yg buku ni satu keperluan..
Modeling your own love of reading is more powerful than making your child sit through a rigid story time.

Thursday, June 16, 2011

Finding the Best Sippy Cup

Many babies are first introduced to sippy cups when they’re around 5 or 6 months of age. Teaching your baby to drink from a sippy cup is part of the weaning process, whether you’re weaning from the bottle or weaning from the breast.
It can be a slow process, but if you remain consistent, they’ll get the hang of it eventually. The trick is to choose the right sippy cup. My kids flat out refused to drink out of certain sippy cups and a lot of parents have the same problem.
Here is a list of parents’ top rated, BPA-free sippy cups to help you find the right one for your baby:

The Born Free Trainer Cup is a favorite among parents because it doesn’t leak, it’s easy for their babies to hold, and it helps with transitioning from bottle to cup.
Price: $10.99

The Avent Magic Cup has a soft spout so it’s great for babies who are breastfeeding as it resembles the breast more than a sippy cup with a hard plastic spout. The shape of them makes it easy for babies to hold but you’ll probably want to upgrade to a sippy cup with handles when they become toddlers.
Price: $7.99 for twin pack

My own kids favor the Playtex Sippy Cups. I tried different brands over the years but the Playtex ones were the easiest for them to hold and drink out of. They take a beating and wash well in the dishwasher.
Price: $14.95

Some parents swear by the Foogo by Thermos Sippy Cup. It’s leak-proof and incredibly sturdy for kids who like to play rough with their cups. They’re small enough that they work great for little hands, but they work well for rambunctious toddlers too.
Price: $9.99

The Thinkbaby Trainer Cup is a Baby Tips reader favorite. A lot of parents find their babies won’t drink out of any other sippy cup.
Price: $8.92

Source : http://www.babytipsonline.com/sippy-cup

Thursday, June 9, 2011

Adakah bayi anda seorang genius???

… walaupun anda bukan seorang genius..
… walaupun anda mungkin lulus SPM setakat cukup-cukup makan aje…
… walaupun anda mungkin tak lulus SPM pun…
:-D
Salam ceria,
Ramai yang tidak sedar tentang perkara ini.. Ya, perkara yang saya maksudkan adalah bayi yang anda lahirkan adalah seorang genius.. Walau bagaimana sekalipun keadaannya sewaktu dilahirkan..
Tidak kiralah samada bayi anda lahir dengan sempurna sifatnya, atau kurang sempurna sifatnya.. Apa yang pasti Allah S.W.T. menganugerahkan anda dengan bayi yang sempurna akalnya..
Seringkali ianya di luar kesedaran kita (termasuklah saya sehinggalah akhir-akhir ini…)..
Kita sering menyangka yang apabila bayi dilahirkan kurang sempurna sifatnya, maka akalnya juga kurang sempurna..
Ternyata sekumpulan penyelidik dan pendidik dari The Institutes For The Achievement Of Human Potential membuktikan sangkaan saya salah (dan mungkin juga sangkaan anda…)..
Bukan sekali mereka berjaya membuktikan bahawa bayi dengan sifat yang kurang sempurna juga boleh mencapai potensi yang lebih dari jangkaan, malahan beratus dan beribu kali mereka membuktikan bahawa bayi dengan sifat yang kurang sempurna boleh mencapai potensi melebihi bayi yang dilahirkan sempurna JIKA diberikan stimulasi yang betul..
Mereka membuktikan bahawa semua bayi dilahirkan sebagai seorang genius dan berpotensi untuk mencapai tahap genius tanpa mengambil kira kesempurnaan sifat mereka..
Dan sekarang ini, walaupun setiap kali doktor memberitahu bahawa perkembangan bayi dalam kandungan saya ini ‘cantik’ dan ‘sihat’, selagi dia belum keluar kita tak tahu kan..
Sudah tentu, saya sentiasa berdoa agar bayi yang saya kandung ini selamat dilahirkan dalam keadaan yang sempurna sifat dan akalnya..
Tetapi, kalau difikirkan dengan mendalam, sebenarnya dalam kandungan lagi bayi ini telah menunjukkan bahawa beliau adalah seorang genius.. Dan saya yakin begitu juga dengan bayi anda..
Oleh kerana saya menghidapi diabetes, bayi saya berisiko tinggi untuk lemas dalam kandungan.. Jadi, doktor menyarankan agar saya membuat kiraan pergerakan bayi sekurang-kurangnya 10x di antara 9 pagi hingga 9 malam..
Tetapi, ada masa-masanya (terutamanya pada hari yang bayi sibuk bermain pada waktu awal pagi), bayi asyik lena masyuk tidur dan enggan bergerak..
Sememangnya bila berlaku waktu sedemikian pasti risau kan..
Jika anda juga menghadapi seperti saya, jangan bimbang.. Ada penyelesaiannya..
Salah satu cara yang boleh dilakukan dan dicadangkan oleh OB seluruh dunia adalah meminum air sejuk.. Bayi tidak suka keadaan yang sejuk, dan bila anda minum air sejuk dia akan cuba bergerak untuk mengelakkan air sejuk tersebut..
Hakikatnya, manalah dia nak lari.. Tapi kalau anda tidak mahu bergurau dengan bayi dengan cara tersebut, ada satu lagi kaedah yang saya gunakan dan berjaya setiap kali..
Mudah saja, anda hanya perlu bercakap dengan bayi..
Itulah yang saya lakukan setiap kali saya hendakkan bayi bangun dan bergerak.. Saya kejutkan dia dari tidur dan bercakap dengannya sehingga dia bergerak..
Ada masanya ia akan mengambil masa sehingga 10 minit, tetapi seringkali bayi akan bergerak dalam masa 2-3 minit selepas saya bercakap.. Dan teruskan berbual dengan bayi sehingga saya benar-benar yakin bahawa beliau dalam keadaan yang sihat..
Apa kaitannya dengan genius?
Yalah, kalau difikirkan bayi itu berada dalam kandungan, lagipun dia belum faham bahasa lagi.. Tapi bila dengan suara ibu atau ayahnya (dan sejak 2-3 hari ni saya perasan beliau juga suka dengan bunyi spin washing machine) beliau akan segera menunjukkan reaksi..
Kan genius tu?
Belum lahir dah menunjukkan kegeniusannya.. Kalau diberikan ransangan yang betul selepas lahir?
Tentu saja bayi anda boleh menjadi Einstein, Mozart atau mungkin juga seperti Dr Mahathir kan..

Sumber : http://www.cikguazleen.com/2011/06/bayi-anda-adalah-seorang-genius.html

Thursday, March 24, 2011

Air di Tokyo tidak selamat untuk bayi



SEORANG lelaki memperoleh air dari sebuah lori tangki di wilayah Chiba, dekat Tokyo semalam.


TOKYO – Pihak berkuasa Jepun menasihati agar bayi tidak diberi minum air paip di bandar raya ini ekoran ia mengandungi tahap radiasi yang tinggi.
Menurut pihak berkuasa, air di loji pemprosesan air bersih untuk kegunaan 13 juta penduduk di sini mengandungi bacaan tahap radioaktif berjumlah 210 becquerel iaitu dua kali ganda melebihi tahap selamat untuk bayi.
Pencemaran itu berpunca daripada kebocoran partikel radioaktif dari beberapa reaktor nuklear loji Fukushima Daiichi yang meletup selepas gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter dan tsunami yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac lalu.
“Pencemaran ini adalah kesan langsung dari loji nuklear Fukushima Daiichi,” kata seorang pegawai kerajaan di sini.
Dalam perkembangan berkaitan, penduduk Tokyo termasuk rakyat asing yang bekerja di Jepun berpusu-pusu meninggalkan bandar raya ini sejak hujung minggu lalu ekoran pencemaran radioaktif dalam sumber makanan dan air.
Mereka menaiki kenderaan darat seperti kereta api dan penerbangan menuju ke bandar-bandar di barat Jepun.
Sementara itu angka rasmi mangsa yang maut dalam tragedi tersebut itu setakat ini meningkat kepada 9,199 orang dengan 13,786 lagi masih hilang manakala anggaran kerugian pula mencecah AS$300 bilion (RM907.6 bilion).
Sementara itu, Pentadbiran Dadah dan Makanan Amerika Syarikat (AS) menyatakan ia menghentikan import susu, sayur dan buah-buahan dari empat wilayah di timur laut Jepun yang berada dekat dengan loji nuklear tersebut.
Hong Kong turut mengikut jejak sama dengan mengharamkam import barang tenusu, buah-buahan, sayur-sayuran dan daging dari lima wilayah dekat loji nuklear tersebut.
Para pekerja di loji nuklear yang membekalkan tenaga elektrik itu bertungkus-lumus untuk membaiki sistem penyejukan yang terletak 250 kilometer dari Tokyo. – Agensi

Sumber : Akhbar Kosmo, 23 March 2011

Thursday, March 17, 2011

Tips menangani anak merajuk

Bagaimana cara anda menangani kerenah anak yang suka merajuk? memujuk atau memukul? Kalau pukul, gerenti ke dia berhenti merajuk atau makin parah merajuknya. Kalau dipujuk pula, sampai bila nak dipujuk...habis pujuk merajuk balik.... Itulah yang selalu aku alami tentang anak-anak aku berdua ini. Kadang kadang tu pening juga kepala memikirkan cara nak tangani anak yang sedang merajuk. 

Dibandingkan Syifa dan juga Ilham, Sifa lebih senang dipujuk berbanding adiknya. Sekali saja kita panggil nama dia terus datang. Ilham pula, kalau merajuk dengan mama maka mama lah yang kena pujuk. Dia akan menjerit sekuat hati kalau orang lain yang memujuknya. Syifa pula walaupun mudah dipujuk, tetapi suka berkurung dalam bilik dan bertindak mengunci pintu bilik apabila merajuk...emmm...macam mana nak melayan kerenah anak merajuk ni....

Elakkan Dari Anak Merajuk

Sepatutnya kita mesti elakkan anak kita dari merajuk sebelum dia mula merajuk. Maksudnya, cuba penuhi segala kemahuan anak kita. Apa yang dia mahu, apa yang dia minta dan apa yang dia maksudkan. Dengan cara itu kita dapat mengelakkan dia dari merajuk. Bingit telinga kalau anak start berdendang tangisan....

Cuba Kenali Punca Anak Merajuk

Seandainya anak sedang merajuk, cuba selidik apa yang menjadi punca menyebabkan dia merajuk. Tanya anak anda dengan nada lembut dan kasih sayang. Jangan sesekali bertanya dengan kasar atau dengan nada perli. Anak kita sudah boleh memahami apa yang kita maksudkan.

Pujuk Anak Yang Sedang Merajuk

Pujuk lah anak anda yang sedang merajuk dengan sebaik baik pujukan. Elakkan dari terus memarahi, menghukum atau memukul anak anda kerana hal ini akan menambahkan lagi dia merajuk. Lebih teruk lagi, mendatangkan trauma kepada anak tersebut.

Sudah Dipujuk Tetapi Masih Lagi Merajuk....

Jika kita sudah memujuk tetapi anak masih lagi merajuk...biarkan dia seketika. Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga memerlukan masa untuk bersendiri untuk menenangkan diri sendiri. Jika dia berada di dalam bilik, biarkan seketika. Mungkin dalam 5 hingga 10 minit. Selepas itu barulah dipujuk semula.

Anak Tetap Berkeras dan Masih Merajuk

Jika sudah sampai ke tahap ini (tak makan saman), cuba suruh orang lain pula untuk memujuk anak anda, bapanya kah, maid ke, kakak, atok atau sesiapa yang dia rasa senang. Macam aku, kucing yang ada dalam rumah ni aku letak dekat anak yang sedang merajuk tu...sure dia cair punya tengok muka kucing tu...mesti dia tak sampai hati nak sepak terajang kucing tu kan....

Jika semua cara masih juga tidak berkesan, tidak salah jika kita menggunakan sedikit kekerasan. Bukannya hendak menakut-nakutkan anak, cuma sekadar mengajar. Iyalah anak kalau dimanjakan dengan keterlaluan nanti akan menjadi 'Anakku Sazali' pulak kan. Selepas keadaan reda, kita kena terangkan pada anak tersebut rasional kita berkeras dengan dia dan apa salah dia agar si anak sedar akan kesalahannya....

Tuesday, March 15, 2011

Botol susu bayi sekarang dah tak selamat...


Kenapa tunggu 2012 haram botol susu polikarbonat 



PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan.
PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) 
dengan botol susu boleh digunakan.



PUTRAJAYA: Mengapa tunggu hingga 2012 jika ia membahayakan? Persoalan yang ditimbulkan berikutan tindakan kerajaan menunggu hingga tempoh itu bagi pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bahan Bisphenol A (BPA) kerana dikhuatiri boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan Kabinet yang dicapai pada 2 Mac lalu itu bertujuan memberi tempoh pada pihak industri membuat persediaan menukar atau membeli mesin serta menggunakan bahan mentah sesuai bagi memenuhi peraturan baru itu.
“Keputusan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA selamat untuk golongan berisiko tinggi khususnya bayi dan kanak-kanak,” katanya pada sidang media di sini, semalam.


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), mempersoalkan tindakan itu dan mendesak kerajaan mengharamkan terus penjualan botol berkenaan. 

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman, berkata tindakan kerajaan mengharamkannya pada tahun depan hanya akan menyebabkan lebih ramai bayi dan kanak-kanak berisiko mendapat pelbagai penyakit. 

Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman pula mahu setiap botol susu yang dipasarkan melalui pemeriksaan ketat bagi memastikan penggunaannya tidak membahayakan kesihatan bayi dan kanak-kanak. 

Tiong Lai sebelum itu berkata, kajian terhadap 159 sampel botol susu bayi juga mendapati 85 peratus atau 135 dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 miligram per kilogram. 
Katanya, kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah celsius berbanding pada suhu bilik 25 darjah celsius. Kadar migrasi merujuk kepada percampuran bahan BPA itu dengan kandungan botol susu berkenaan pada suhu tertentu. 

“Dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian,” katanya. 

Bagaimanapun, katanya orang ramai boleh bertindak awal dengan menukar penggunaan botol susu bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. 

Beliau berkata, pengharaman ini selaras tindakan sama yang diambil beberapa negara antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Kesatuan Eropah. 

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang menggunakan botol susu bayi polikarbonat supaya mematuhi arahan pengendalian dan mengelak menggunakan air panas secara terus ketika membancuh susu, selain menggunakan peralatan mencuci botol sesuai bagi mengelakkan permukaan dalam botol rosak serta bercalar. 



Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/3653/3655 atau melayari laman web www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my. 

INFO: Bisphenol A (BPA) 
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat 
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi 
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol. 
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar 
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi. 
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other' 
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca. 

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat: 


  • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada. 




  • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit. 




  • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu. 




  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar. 




  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti. 




  • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.

    Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kenapatunggu2012harambotolsusupolikarbonat/Article/